Peluang Membuka Booth Sempena Konvensyen Rumah Ngaji Malaysia 2025
Bersempena dengan penganjuran Konvensyen Rumah Ngaji Malaysia 2025 yang bakal menghimpunkan para penggerak Rumah Ngaji dari seluruh negara, WUIF membuka peluang kepada semua penggerak untuk membuka booth jualan sepanjang program berlangsung.
Tarikh: 5 Ogos 2025
Lokasi: Ruang legar, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Yuran Penyertaan: RM150 (termasuk 1 meja dan 2 kerusi)
Tempat adalah terhad
Sekiranya anda berminat untuk menyertai sebagai peserta booth, sila hubungi kami atau isi borang penyertaan melalui:
[Nombor Telefon] | https://ezy.la/BOOTHKRN2025
Terma dan Syarat
1. Kelayakan Penyertaan
1.1 Terbuka kepada semua penggerak Rumah Ngaji yang
menawarkan produk/khidmat yang patuh syariah, tidak bercanggah dengan
nilai Islam, serta menyokong misi Rumah Ngaji.
2. Penempatan & Operasi Booth
2.1 Tapak
booth akan ditentukan oleh penganjur. Permintaan lokasi khusus adalah tertakluk
kepada pertimbangan dan ketersediaan.
2.2 Booth boleh disusun atur pada hari Isnin, 4 Ogos bermula selepas Asar
(perubahan waktu akan dimaklumkan)
2.3 Waktu
operasi booth adalah dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Peserta
perlu hadir awal untuk persediaan dan tidak dibenarkan menutup booth sebelum
waktu tamat.
3. Syarat Paparan & Jualan
3.1 Paparan bahan promosi, produk dan perkhidmatan hendaklah
menjaga kesopanan dan tidak bersifat provokatif atau politik.
4. Keselamatan & Tanggungjawab
4.1 Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang
kehilangan, kerosakan atau kemalangan sepanjang tempoh program.
4.2 Peserta diminta menjaga keselamatan barang sendiri dan tidak meninggalkan
booth tanpa pengawasan.
5. Kebersihan & Penutupan
5.1 Peserta perlu memastikan kawasan booth sentiasa bersih
dan dikemaskan selepas program.
5.2 Sebarang sampah perlu dibuang di tempat yang disediakan. Kegagalan menjaga
kebersihan boleh menyebabkan tindakan atau penalti.
6. Lain-lain
6.1 Sebarang perubahan atau makluman akan dimaklumkan
melalui emel atau nombor telefon yang didaftarkan.
6.2 Penyertaan booth bermaksud peserta bersetuju dan akur dengan semua terma
dan syarat yang ditetapkan.