PENDAFTARAN KEHADIRAN FIZIKAL
MALAYSIA #QURANHOUR 2025
Malaysia #QuranHour kembali untuk tahun ke-11 pada 2025, menyatukan rakyat Malaysia dalam satu jam yang penuh makna — memperkukuh hubungan dengan al-Quran melalui tadabbur dan refleksi diri. Tema tahun ini berfokus kepada Surah As-Saff, yang menyeru kita untuk bertindak dengan keikhlasan, berdiri teguh dalam saf perjuangan, serta bergerak maju dengan matlamat yang jelas dan bersatu hati.
Sambutan ini akan berlangsung serentak di seluruh negara — di rumah, sekolah, masjid, pejabat dan juga secara dalam talian — membawa mesej bahawa perubahan bermula apabila iman diterjemah kepada tindakan. Surah As-Saff mengajak kita untuk menjadi individu yang berdisiplin, jujur, dan komited terhadap kebaikan bersama.
Tarikh: 30 Ogos 2025
Lokasi Utama: Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
Masa: 12.00 – 1.00 tengah hari