Peluang untuk menjana saham akhirat dan pahala yang berterusan mengalir selagi mana ada orang menonton siri ini
Memperkenalkan
SOUL FITNESS CLINIC
Soul Fitness Clinic adalah satu program yang mengupas Al-Quran dan hadis dari sudut Psikologi. Maklum mengetahui isu kesejahteraan mental semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Soul Fitness menyebarkan kesedaran psikologi dalam bidang Quran dan hadis.
Latar Belakang Projek Soul Fitness Clinic
Kurangnya pendedahan isu kesihatan mental menyebabkan banyak salah faham berlaku. Sebahagian masyarakat punya skeptik dan persepsi tentang ilmu Psikologi dan Psikiatri dengan anggapan ia datang daripada Barat.
Bagi Rakyat Malaysia yang majoriti merujuk kepada Al-Quran dan Hadis, Psikologi dan Kesihatan Mental dalam islam tidak mendapat sambutan.
Bertitik tolak dari itulah, Soul Fitness melaksanakan inisiatif melancarkan Program Soul Fitness Clinic untuk mengetengahkan psikologi dan kesihatan mental dalam Islam di samping memberi penjelasan tentang hakikat isu kesihatan mental dari ahlinya.
Perlaksanaan projek Soul Fitness Clinic ini adalah
untuk mencapai 3 Objektif berikut:
+
Membentuk kefahaman sebenar tentang kesihatan mental dan penyakit mental.
+
Mengetengahkan isu Kesihatan Mental dan Psikologi dalam Islam.
+
Menggabung dan mengaitkan kajian Al-Quran dan Hadis dengan ilmu Psikologi dan Psikiatri.
KAEDAH SUMBANGAN INFAK
Letak Kod "Dana SF Clinic"
Jika ada sebarang masalah atau penambahbaikan
boleh hubungi
011 3782 8028
(Admin Soul Fitness)
Tonton LIVE Soul Fitness Clinic dan bertanya soalan bersama Dr pakar
boleh sertai di sini: